Cari Blog Ini

Jumaat, 8 Jun 2012

Kucing???

Assalamualaikum, and Good Morning..all.Anda semua pasti suka kucing kan?kan?atau TIDAK..Saya masih ingat lagi apabila saya dan family pergi lunch di satu kedai  makan ni (namanya adalah disulitkan),sungguh gembira kami sekeluarga ketika itu....tetapi saya berasa hairan apabila melihat sister saya yang kelihatan agak pucat, bila diteliti dan diperhati rupa-rupanya di tepi kakinya 
duduknya seekor kucing dan itulah yang membuatkannya ketakutan...Aneh..
 Kesemua ini menyedarkan saya mengenai kenapa terdapat segelintir manusia tidak suka pada kucing..Antara sebabnya ialah kerana bulunya yang berkemungkinan didiami kotoran,kutu dan habuk yang tidak baik untuk kesihatan..Tetapi dari pandangan saya kucing yang mempunyai bulu seperti ini haruslah kita bersihkan..bukannya lagi kita biarkan seperti enau di dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing..Sebab yang kedua pula mungkin ada kaitan dengan najis mamalia ini..Segelintir orang mungkin takut dan risau jika haiwan ini `melepas' merata-rata..Tetapi bagi saya, jika haiwan ini dilatih dengan baik pastinya masalah ini PUSH! Hilang begitu saja...Jadi,sayangilah kucing...MIAOWW!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan